Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEPULUH

Bagaimana hendak kekalkan budaya melayu?

1)Kita harus pastikan makanan melayu tidak di lupakan.Contohnya ayam masak cili padi kerana saya suka makan barang yang pedas.

2)Kita harus membaca buku-buku lagenda seperti Hang Tuah dan Mahsuri.Supaya kita tidak lupakan sejarah dan budaya Melayu.

Harapan saya kalau ada pertandingan blogging,saya ingin mengambil bahagian lagi.




PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEMBILAN

Penutup kepala..




Sebagai orang islam kita harus menutup kepala tak kira perempuan atau lelaki.




Untuk perempuan wajib untuk memakai tudung.




Untuk perempuan menutup kepala atau aurat iaitu.Bertudung




Bertudung atau berselendang.





















Untuk lelaki memakai Songkok.

Songkok di pakai bila-bila masa seperti waktu sembahyang,hari raya dan sembahyang jumaat.


PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELAPAN

Lagenda klasik orang Melayu



Kita ada pelbagai lagenda-lagenda orang melayu.


Seperti

Mahsuri.
Tokoh lagenda paling terkemuka di Langkawi, merupakan wanita cantik jelita dan telah difitnah melakukan perkara curang terhadap suaminya.. Mengikut lagenda, beliau telah membuktikan kesuciannya dengan mengalirkan darah berwarna putih apabila dia dihukum bunuh.Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan ditimpa bencana dan tidak aman selama tujuh keturunan.




Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETUJUH

Topeng Jawa.


Jawa ada pelbagai seni tetapi saya ingin menunjukkan topeng-topeng asli Jawa Barat.
Fungsi topeng-topeng ini untuk acara hiburan seperti Kuda Lumping.


Seperti.

Bujang Ganong.

















Rangda atau Setanan




















Wayang Kulit.

















Reog Ponorogo.


PERTANDINGGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEENAM

Senjata orang lama Melayu.

Orang Melayu kita ada senjata masing-masing dan masih ada lagi di dunia ini.

Iaitu:

Keris

Keris Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali oleh Taming Sari

























Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KELIMA

Makanan Tradisional Melayu



Makanan tradisional Melayu di Singapura mempunyai persamaan dengan Malaysia dan Indonesia serta negara-negera yang mempunyai rumpun bangsa Melayu.



Antara makanan Melayu yang terkenal ialah..


2.Mi Rebus

Mi Rebus juga dikenali sebagai Mi Rebus Jawa di Indonesia. Hidangan Mi Rebus terdiri daripada Mi kuning yang dicelur dengan air panas. Untuk membuat kuah Mi Rebus kita perlukan...
keledek
udang kering
minyak masak
bawang putih
bawang merah
batang serai
helai daun pandan
cili boh


Mi Rebus

garam dan gula secukup rasa
tauhu goreng
sedikit cili hijau
bawang goreng
limau nipis
isi ayam atau daging
Mi kuning
taugeh












Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT

Permainan Tradisional Singapura



Permainan lama kita serupa dengan negara jiran kami iaitu Malaysia dan Brunei..


Berikut adalah gambar-gambar permainan tradisional kami..

1.Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.










2)Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.



Merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.